Separuh kes maut COVID di Sarawak terdiri daripada dolongan komorbid lengkap divaksin

|

views

MIRI – Lebih separuh kematian akibat COVID-19 dalam kalangan individu sudah lengkap divaksin di Sarawak terdiri daripada mereka yang memiliki masalah komorbiditi.

Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, ia adalah faktor mengapa rawatan lanjut amat penting bagi mencegah komplikasi yang lebih serius.

Menurut beliau, banyak kes kematian di rumah (BID) hanya disahkan positif COVID-19 apabila mayat mereka dibawa ke hospital.

“Sebab itu mereka yang lengkap divaksin yang berasa kurang sihat harus mendapat rawatan perubatan dengan segera,” kata Dr Kui Hian menjawab pertanyaan netizen yang bimbang dengan jumlah kematian yang tinggi.

Diantara simptom COVID-19 adalah deman panas, sakit tekak yang terus, batuk, kesukaran bernafas dan hilang deria bau dan rasa.

Sarawak mencatat 57 kematian sejak tujuh hari lepas dari 1 hingga 7 September.

Sarawak telah memintas Selangor dalam mencatat kes jangkitan harian tertinggi, situasi yang diburukan lagi oleh penularan varian Delta.

Dr Kui Hian berkata yang Sarawak telah mencapai imuniti kawanan, dengan lebih daripada 80 populasi dewasanya sudah lengkap divaksin.

Beliau bagaimanapun mengakui lebih ramai penduduk Sarawak perlu divaksin, terutama yang berumur di bawah 18 tahun. – Getaran, 10 September 2021

Berkaitan ⇢