TIPS: Cara wujudkan pautan Whatsapp untuk “PM Tepi” terpantas

|

views

Para peniaga sering menggunakan ciri ini. Kalau anda perasan di kebanyakan senaraian barang jualan, akan ada pautan untuk anda pergi ke penjual untuk “PM tepi”. Kalau anda berminat untuk hasilkan URL itu, senang saja.

WhatsApp menamakan ciri ini sebagai Universal Links. Cara untuk wujudkannya sangat mudah dan anda tak perlupun APP tambahan untuk lakukannya. Ikuti saja cara menulis alamat URL ini dan anda terus boleh gunakannya.

https://wa.me/

Contohnya, kalau nombor telefon anda 01233456789, URL-nya akan jadi:

https://wa.me/60123456789

Nombor “6” dihadapan nombor anda ialah sebahagian kod negara Malaysia untuk panggilan telefon iaitu “60”. Anda boleh simpan URL ini dan gunakan di mana-mana sahaja anda mahukan. Apabila pautan ditekan, orang yang tekan akan dibawa ke aplikasi WhatsApp dengan ruangan chatting nombor tersebut terus dibuka.

Ada satu lagi ciri menarik boleh anda manfaatkan bila gunakan Universal Link. Cirinya adalah apabila URL ditekan, si penekan bukan saja dibawa ke halaman WhatsApp untuk terus bersembang dengan anda, malah di ruangan mesej, sudah ada benda yang ditulis terlebih dahulu.

Maka, senanglah bakal pelanggan memulakan perbualan ataupun mudahlah anda mengetahui apa tujuan mesej yang masuk ke inbox anda. Caranya ialah dengan menambah arahan teks seperti berikut.

https://wa.me/?text=<mesej%20mesej>

Contohnya, kalau anda nak mesej prataip anda menjadi “Saya nak beli” kepada nombor telefon tadi, URL-nya adalah seperti berikut:

https://wa.me/60123456789/?text=Saya%20nak%20beli

Saya sarankan anda gunakan teks seringkas mungkin kerana sebarag penggunaan simbol khas memerlukan anda menggunakan kod khas yang difahami sistem komputer untuk diterjemah kepada symbol tersebut. Misalnya, space selepas setiap perkataan, kodnya ialah “%20”, barulah akan ada selang antara perkataan.

Bila anda dah ada Universal Links ini, tampalkan saja di mana-mana tempat yang anda mahu dan bakal pelanggan akan dibawa kepada anda bila ditekan.

Berkaitan ⇢