Gempak awal Ronaldo nak menyeronokkan penyokong

|

views

LONDON: Cristiano Ronaldo meledak dua gol bagi membantu Manchester United menewaskan Newcastle 4-1 sekali gus melonjakkan Red Devils ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.

Ronaldo memerlukan 47 minit untuk membuka tirai jaringannya bersama United selepas kali terakhir tampil di Old Trafford 12 tahun lalu.

Ronaldo, 36, yang ditandatangani semula dari Juventus pada Ogos menolak bola masuk dari jarak dekat sejurus sebelum tamat babak pertama.

Gol keduanya menyusul pada minit ke-62 hasil rembatan kencang yang gagal diselamatkan penjaga gol Newcastle, Freddie Woodman selepas Javier Manquillo menyamakan kedudukan buat pelawat.

Bruno Fernandes melebarkan jaringan dengan rembatan menarik dari luar kotak penalti sebelum Jesse Lingard melengkapkan kemenangan pada masa kecederaan.

Berkaitan ⇢