Vivo Y33s ada keupayaan meluaskan RAM sehingga 12GB

|

views

Vivo Y33s kini sudah tiba di Malaysia. Ia membawakan kemampuan RAM tambahan maya, boleh meningkatkan sehingga 50% kapasiti RAM sedia ada.

Vivo Malaysia mengumumkan harga rasmi untuk Vivo Y33s pada RM999, datang bersama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Ada dua warna menarik disediakan untuk dipilih, antara Mirror Black dan Midday Dream.

Prestasi Vivo Y33s digerakkan oleh cip Mediatek Helio G80. Telefon ini memiliki keupayaan RAM tambahan, di mana ia boleh menggunakan sehingga 4GB ruang di storan dalaman, sebagai RAM sementara jika diperlukan.

Skrinnya berukuran 6.58-inci FHD+ dari jenis LCD, dengan kadar penyegaran 60Hz. Ia ada takuk V di dahi skrin, menempatkan kamera hadapan 16MP. Pengimbas capjari terletak di sisi, digabungkan dengan butang kuasa.

Di belakang pula, ia dibarisi tiga kamera gandingan kamera utama 50MP, kamera makro 2MP dan kamera bokeh 2MP. Kamera ini dilengkapi penstabil imej elektroik (EIS) untuk rakaman video yang stabil, serta autofokus mata untuk tangkapan muka yang tepat.

Tenaga disalurkan oleh bateri 5,000mAh di dalamnya, berkeupayaan mengecas pantas dengan kuasa sehingga 18W melalui USB-C. Sistem operasi yang digunakan oleh Vivo Y33s ialah Funtouch OS 11.1 berasaskan Android 11.

Hadiah percuma bernilai RM329

Sebagai promosi pengenalan, pembeli Vivo Y33s antara 11-19 September 2021, akan menerima hadiah percuma bernilai RM329 iaitu beg galas vivo, jaminan tambahan 1 tahun dan perlindungan keretakan skrin 1 tahun.

Kepada yang berminat, boleh mendapatkan Vivo Y33s di E-store vivo Malaysia, dan stor rasmi vivo Malaysia di Lazada dan Shopee.

Berkaitan ⇢