Samsung Galaxy M32 5G diperkenal, tiada beza dengan Galaxy A32 5G

|

views

Samsung kini dilihat akan melancarkan telefon 5G pertama untuk siri Galaxy M mereka, iaitu Galaxy M32. Model LTE telah pun dilancarkan pada bulan Jun lepas, dan model 5G ini akan dijual bermula September, di India.

Tetapi serupa dengan siri Galaxy A32, Galaxy M32 turut memiliki perbezaan yang sangat ketara. Jika Galaxy M32 LTE memiliki skrin Super AMOLED HD Penuh, versi 5G ini hanya ada skrin LCD HD+ bertakuk V.

Malah, rekaan Galaxy M32 juga sangat mirip dengan Galaxy A32, dengan modul kamera belakang yang rata dan disusun di sudut atas. Dua warna dihasilkan untuk Galaxy M32, hitam dan biru.

Kuasa pemproses digerakkan oleh cip Mediatek 720 5G, bersama RAM sehingga 8GB dan storan 128GB. Ia menerima dua kad sim nano dan 1 kad mikroSD sehingga 1TB.

Kamera belakang juga melihat penurunan, menggandingkan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 5MP dan kamera potret 2MP. Kamera hadapannya 16MP, di dalam takuk V di dahi skrin.

Tenaga disalurkan oleh bateri 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 15W melalui USB-C. Samsung menjamin kemaskini OS sebanyak 2 kali, dan memasang One UI 3.1 berasaskan Android di dalamnya.

Untuk pasaran India, Galaxy M32 dijual mulai 2 September dengan harga INR20,999 (~RM1,186) yang memiliki RAM 6GB dan Storan 128GB serta INR22,999 (~RM1,298) dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Kebiasaannya di Malaysia, siri Galaxy M dengan spesifikasi hampir serupa dengan Galaxy A, berharga lebih murah.

[Sumber: GSMArena, Amazon India]

Berkaitan ⇢