COVID-19: Qatar mula beri suntikan dos penggalak

|

views

DOHA — Qatar pada Rabu memulakan pemberian suntikan dos penggalak kepada individu berisiko tinggi yang telah menerima dos kedua vaksin COVID-19 lebih lapan bulan lalu, menurut Kementerian Kesihatan Awam Qatar.

Langkah itu berikutan pengumuman kementerian awal minggu ini yang memaklumkan pemberian suntikan dos penggalak akan menumpukan kepada kumpulan individu paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk, lapor Agensi Berita Qatar ( QNA).

Kumpulan itu termasuk mereka berusia lebih 65 tahun dan mempunyai sejarah penyakit kronik, serta pekerja barisan hadapan. Pemberian dos penggalak untuk kumpulan di bawah umur itu dan orang awam akan dilaksana kemudian.

Individu yang perlu menerima suntikan itu akan dihubungi pihak berkuasa kesihatan untuk membuat janji temu dan perlu mendapatkan dos penggalak secepat mungkin.

Mereka digalak menerima suntikan vaksin COVID-19 tambahan itu dalam tempoh 12 bulan selepas menerima dos kedua.

Berkaitan ⇢