“Saya tak akan panggil dia ayah” – Cik B trauma dengan perkahwinan lama DSV

|

views

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 16, mengakui hubungan dengan ibunya, Datuk Seri Vida (DSV) sedikit renggang sejak akhir-akhir ini.

Namun, Cik B menjelaskan ada berbincang mengenai keputusan Vida untuk mendirikan rumah tangga bersama bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli, 25.

“Hubungan kami dah okay!”

Menurut Cik B, tidak mahu hubungan dengan ibunya terus tegang, beliau mengambil keputusan untuk berdamai. Malah, kedua-duanya kini sudah mula bercakap dan lebih terbuka membincangkan tentang hubungan Vida.

“Sekarang ini hubungan kami dah okay, dah tidur sekali. Mama pun sudah boleh bercakap dengan saya dan kami rapat semula. Saa ada sentuh topik kahwin dan berpesan kepadanya  agar jangan berkahwin. Kemmudian mama balas, insya Allah.

“Yang saya nampk mama ada fikir balik bila saya tak bagi kahwin. Dia pun ada baca statement yang saya keluarkan.  Sama juga dengan komen-komen netizen. Ada lah juga terlintas difikiran dia.” Katanya.

Selain itu, Cik B juga ada berbincang dengan Kacak mengenai keputusan Vida untuk berkahwin semula.

“Kacak suruh saya bagi mama kahwin, Tapi, saya tetap tak nak bagi. Sebab saya ada mama je.

“Saya bukan selfish. Tapi saya nak mama happy lama bukan sekejap je.” Jelasnya.

Cik B trauma dengan perkahwinan lama Vida

Mengakui tiada masalah dengan Iqbal, Cik B menjelaskan pernah berdepan trauma dengan perkahwinan Vida sebelum ini.

“Saya memang tak nak langsung mama kahwin dengan sesiapa. Saya tak nak ada orang baru datang alam hidup saya. Rasa macam uncomfortable untuk tinggal serumah, kahwin dengan mma pula tu.

“Saya buat semua ni sebab tak naka mama sedih. Kita tak tahu dia punya niat.

“Tapi kalau mama tetap nak berkahwin juga. Saya akan tetap jaga mama.” Tambahnya.

Bagaimanapaun, Cik B menyifatkan Iqbal sebagai seorang yang baik hati namun tidak akan memanggil anak kelahiran Kelantan itu sebagai ayah tetapi, ‘Yoo, bro!’ katanya dengan nada spontan.

Berkaitan ⇢