2 pemilik spa didakwa beri khidmat seks

|

views

SINGAPURA: Dua pemilik perniagaan khidmat spa dan urut berasingan didakwa di mahkamah hari ini (21 Sep) atas kegagalan memastikan pekerja-pekerjanya tidak memberi khidmat seks kepada para pelanggan.

Jimmy Chew Choon Kwok, 37 tahun, dikenakan dua tuduhan di bawah Peraturan Perniagaan Mengurut atas tindakan tiga pekerja wanitanya di W Wellness Spa di 100 Turf Club Road pada April dan Ogos tahun ini.

Menurut kertas-kertas pertuduan Chew, seorang tukang urut menawarkan khidmat seks dengan bayaran tambahan S$50 kepada seorang pelanggan lelaki pada pukul 5.48 petang pada 20 April.

Pada pukul 3.25 petang pada 10 Ogos pula, seorang lagi tukang urut melakukan perkara sama.

Seorang lagi tukang urut juga memberi beberapa khidmat seks kepada seorang pelanggan lain pada hari yang sama.

Chew dijangka mengaku bersalah bulan depan.

Dalam kes berasingan, Koh Chi Yuan, 48 tahun, dijatuhi satu tuduhan gagal memastikan pekerjanya tidak memberi khidmat seks di Palace Spa di River Valley Road pada Ogos.

Pekerja Koh didakwa beberapa kali memberi khidmat seks pada 3 Ogos.

Koh dijangka mengaku bersalah pada November.

Bagi setiap tuduhan gagal memastikan para pekerja mereka tidak memberi khidmat seks di rumah urut, lelaki-lelaki itu boleh didenda sehingga S$5,000 bagi kesalahan pertama.

Sekiranya mereka merupakan pesalah berulang, setiap seorang daripada mereka boleh dijatuhi hukuman jel sehingga dua tahun, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

– CNA/SM/sm

Berkaitan ⇢