Landasan Dinaiki Air, Lapangan Terbang Lawas Ditutup 3 Hari

|

views

LAWAS – Lapangan Terbang Lawas  ditutup selama tiga hari mulai semalam selepas landasannya dinaiki air.

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Henry Sum Agong berkata, penutupan penggunaan lapangan terbang yang terletak di utara Sarawak itu diambil sebagai langkah keselamatan.

Kira-kira 18 penerbangan ke Lawas dibatalkan ekoran penutupan lapangan terbang ini bermula Selasa hingga Khamis.Menurutnya, landasan itu kini ditakungi air, menyebabkan ia berbahaya bagi pendaratan dan pelepasan pesawat.

“Kira-kira 18 penerbangan ke Lawas dibatalkan ekoran penutupan lapangan terbang ini bermula Selasa hingga Khamis, iaitu empat penerbangan semalam, lapan penerbangan hari ini dan enam penerbangan pada esok.

“Perkhidmatan lapangan terbang ini  dijangka beroperasi semula pada Jumaat  selepas kerja-kerja membersihkan landasan selesai,” katanya.

Henry yang juga Ahli Parlimen Lawas itu bagaimanapun berkata, pembukaan semula lapangan terbang tersebut bergantung kepada keadaan cuaca.

“Kita telah menetapkan keutamaan dalam pelaksanaan sebuah lapangan terbang baharu Lawas di kawasan Sundar.

“Pada masa ini kajian sedang dijalankan oleh pelbagai agensi di bawah kementerian bertanggungjawab sebelum kerja pelaksanaan dapat dilakukan,” katanya.

Anggota Bomba sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan landasan yang terjejas akibat banjir.Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Pegawai Penguasa Bomba (PPgB) Zaki Hussin berkata, pihaknya terbabit dalam menjalankan pembersihan kawasan landasan lapangan terbang itu yang terjejas akibat banjir.

Menurutnya, kerja- kerja pembersihan itu bermula pada jam 3.10 hingga 5.25 petang semalam. – Getaran, 21 September 2021

Berkaitan ⇢