Polis mohon maklumat remaja ini; hampir seminggu dilapor hilang

|

views

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) meminta bantuan orang ramai untuk tampil memberi maklumat mengenai keberadaan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang gambarnya tertera di atas.

Menurut SPF dalam kenyataan medianya pada Isnin (27 Sep), Natalie Isabelle Abdullah kali terakhir dilihat di sekitar Bukit Batok West Avenue 8 pada kira-kira 2.00 petang, enam hari lalu (21 Sep).

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang keberadaan remaja ini diminta menghubungi polis di talian 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat secara online di laman www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat akan dirahsiakan, tambah SPF.

– BERITAmediacorp/sm

Berkaitan ⇢