Elak ditahan, kru dipercayai warga Indonesia sembunyi dalam bilik kemudi bot

|

views

LUMUT  — Seorang kru dipercayai warga Indonesia bersembunyi di dalam bilik kemudi sebuah bot nelayan tempatan bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Perak, di kedudukan 0.4 batu nautika timur Pangkor Utara, kelmarin.

Pengarah Maritim negeri Perak Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 10.15 pagi selepas pihaknya menahan bot berkenaan yang dalam keadaan mencurigakan.

“Menyedari kehadiran penguat kuasa, seorang kru dipercayai warga asing berusaha menyembunyikan diri di dalam bilik kemudi bot berkenaan sebelum digeledah oleh pasukan penguat kuasa Maritim Malaysia.

“Pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikendalikan empat kru warga tempatan serta seorang kru warga asing dipercayai warga Indonesia berumur 45 tahun yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shahrizan berkata warga asing berkenaan kini ditahan di Pusat Tahanan Vesel Kampung Bharu Sitiawan bagi siasatan lanjut dan boleh didakwa di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Berkaitan ⇢