Anda kenal sesiapa yang sudah daftar haji tapi akhirnya tidak tunaikan ibadah? MUIS ingin bayar balik wang tidak dituntut

|

views

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) ingin menghubungi individu-individu tertentu berhubung wang tidak dituntut dan dipegang badan berkanun itu.

Dalam satu pengumuman di Facebook pada Sabtu (2 Okt), MUIS menyatakan individu-individu tersebut sudah mendaftarkan diri untuk mengerjakan Haji tetapi akhirnya tidak menunaikan ibadah tersebut.

Menyusuli itu, MUIS sudah melakukan pelbagai usaha untuk memulangkan wang tidak dituntut itu selain cuba menghubungi pemohon yang pendaftarannya dibatalkan. Namun, semua usaha tersebut tidak membuahkan hasil.

Anda boleh meminta kembali wang yang tidak dituntut itu jika nama anda disenarai di laman web Unclaimed Monies di www.unclaimedmonies.gov.sg atau jika anda adalah waris kepada pemohon yang telah meninggal dunia.

MUIS meminta anda melayari www.muis.gov.sg/Haj/Forms untuk memuat turun borang bagi meminta bayaran balik.

Isi lengkap borang tersebut, buat imbasan salinan borang berkenaan dan hantarkannya bersama-sama dokumen sokongan lain ke MUIS melalui alamat emel: [email protected]

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Strategik Perkhidmatan Haji di talian-talian berikut: 6359 1106, 6359 1188 atau 6359 1413.

– BERITAmediacorp/FZ/fz

Berkaitan ⇢