Mandi manda di laut, remaja lelaki dikhuatiri lemas

|

views

LABUAN – Seorang remaja lelaki  berusia 17 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Sungai Pagar, di sini hari ini.

Mangsa dikenali Al Saeif Manahan, 17, dikhuatiri lemas ketika sedang mandi di pantai itu bersama abang tirinya, Al Faiez Rizal Adnan, 23 kira-kira jam 1.00 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 2.45 petang dan sepasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian.

“Seorang mangsa iaitu Al Faiez Rizal Adnan berjaya ditemui dalam keadaan selamat, dan terapung tidak jauh daripada pantai itu.

“Adik tirinya masih belum ditemukan dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dilakukan sehingga malam ini,” katanya kepada Getaran, di sini petang tadi.

Tambah beliau, sepasukan penyelamat air (Unit Skuba) turut dikerahkan bagi membantu operasi mencari mangsa.

Berkaitan ⇢