Shah Rukh Khan sanggup upah peguam paling mahal bela anak kes penyeludupan dadah

|

views

Pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan dilaporkan menggunakan khidmat seorang peguam termahal di Bollywood iaitu Satish Maneshinde bagi membela kes penyeludupan dadah melibatkan anak lelakinya, Aryan Khan.

Semalam, media tempatan melaporkan Aryan dihadapkan ke sebuah mahkamah dan ditahan reman atas tuduhan pengambilan dadah. Aryan turut ditahan bersama dua lagi rakannya,pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.

Perintah reman itu dikeluarkan hakim Mahkamah Mumbai pada Isnin selepas pendakwa raya, Anil Singh, memohon agar ketiga-tiga individu itu diletakkan di bawah pengawasan sehingga 11 Oktober, lapor Live Mint.

“Ketiga-tiga tertuduh perlu diletakkan di bawah pengawasan bagi membantu siasatan penglibatan mereka dalam sindiket dadah,” kata Anil.

Menurut laporan, Aryan bersama rakan-rakan sebenarnya sudah bergelumang dengan sindiket dadah antarabangsa selama empat tahun.

Berkaitan ⇢