YTL beri 7GB data percuma selama setahun untuk pelajar universiti

|

views

YTL Foundation telah mengumumkan kempen baru Learn From Home untuk membantu pelajar universiti meneruskan pembelajaran mereka secara dalam talian. Pelajar universiti yang layak, boleh menebus kad sim Yes 4G percuma dan menikmati 7GB data 4G setiap bulan selama setahun.

Buat masa ini, inisiatif Learn From Home oleh YTL Foundation diberikan kepada pelajar dan kakitangan di 35 universiti di Malaysia iaitu:

Universiti Awam

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Tunku Abdul Rahman University College (TARC)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM)
  • Tati University College

Universiti Swasta

  • Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • Multimedia University (MMU)
  • University of Cyberjaya (UOC)
  • Universiti Tunku Abdul Razak (UNITAR)
  • International Medical University Malaysia & International Medical College Malaysia (IMU & IMC)
  • Nilai University
  • DRB-HICOM University
  • University Malaysia of Computer Science & Engineering (UNIMY)
  • Perdana University
  • University College Bestari (UCB)
  • TAJ International College Ipoh (TIC)
  • YTL International College of Hotel Management
  • Southern University College
  • University College Sabah Foundation (UCSF)
  • Malaysian Institute of Art
  • New Era University College (NEUC)
  • International University of Malaya-Wales (IUMW)

Politeknik

  • Politeknik Malaysia Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
  • Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)
  • Politeknik Mersing Johor (PMJ)
  • Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
  • Politeknik Ungku Omar (PUO)
  • Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL)

Data percuma tanpa sebarang ikatan

SIM dan data percuma ini diberikan tanpa sebarang ikatan dikenakan. Malah, tiada bayaran pendahuluan diperlukan atau kontrak untuk ditandatangani. Data percuma sebanyak 7GB/bulan pula diberikan mulai sekarang sehingga 30 September 2022. Menjadikan jumlah data percuma ini sebanyak 84GB.

Buat pelajar yang telah mendaftar untuk program Learn From Home sebelum ini, anda boleh melanjutkan tawaran data percuma. Dengan lanjutan ini, anda menerima 7GB data percuma setiap bulan di dalam akaun Yes anda sehingga September 2022.

Menurut CEO YTL Communications, Wing K. Lee, secara purata pengguna yes 4G menggunakan sekitar 10-12GB data setiap bulan sepanjang 18 bulan sebelum ini. Dengan universiti mula dibuka semula untuk pembelajaran secara hibrid, Yes menjangka penggunaan data akan menurun dan kuota 7GB adalah permulaan yang baik. Jika perlukan lebih data, pelajar boleh menambah kuota dari serendah RM1 untuk setiap 1GB.

Yes kini menawarkan salah satu pelan prabayar paling bernilai di Malaysia dengan 20GB data berharga hanya RM20/bulan. Pengguna boleh menambah 1GB data berharga RM1 yang sah digunakan dalam 1 hari, atau 10GB RM10 yang sah selama 7 hari.

Wing turut menyatakan bahawa Yes adalah satu-satunya rangkaian 4G sepenuhnya di Malaysia dengan liputan 91% di kawasan berpopulasi. Bagi memenuhi keperluan yang bakal meningkat, Yes telah menaik taraf kapasiti dan jalur lebar di semua kawasan. Dia juga menambah, Yes kini menawarkan ganjaran dan hadiah di dalam aplikasi MyYes untuk menarik minat pengguna menambah nilai.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Learn From Home oleh YTL Foundation.

Berkaitan ⇢