Jangan terpedaya tawaran cepat giliran tunai Haji – TH

|

views

Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran untuk mempercepatkan giliran menunaikan haji.

Ia susulan laporan bahawa ada individu yang tidak bertanggungjawab, telah mengambil pendeposit bakal jemaah haji bagi membolehkan mereka dapat menunaikan haji dengan lebih cepat.

Jurucakap TH berkata, pihaknya tidak pernah melantik organisasi atau orang perseorangan sebagai perantara, orang tengah atau ejen dalam hal berkaitan tawaran haji mahu pun pakej haji.

“Tabung Haji tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk urusan berkaitan haji, termasuk untuk mempercepatkan giliran ke tanah suci.

“Mereka menerima tawaran dana haji melalui panggilan telefon bagi membolehkan mereka menunaikan ibadat itu tanpa mengikut giliran,” katanya.

Menurut jurucakap itu, sehingga kini pemilihan mana-mana jemaah untuk menunaikan haji adalah berdasarkan sistem pendaftaran yang sama, mengikut penggiliran awal.

“TH berharap agar orang ramai tidak terpengaruh dengan mana-mana syarikat atau individu yang menawarkan perkhidmatan terbabit membabitkan bayaran tertentu.

“Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919,” katanya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini mengesan wujudnya iklan berkenaan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun ini, yang ditawarkan beberapa agensi pelancongan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, berdasarkan kepada penularan virus COVID-19 yang masih berleluasa, penawaran pakej seumpama itu adalah amat meragukan.

Kamarudin berkata, siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan boleh djalankan terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan penipuan tersebut. – Getaran, 5 November 2021.

Berkaitan ⇢