Polis tahan lelaki untuk bantu siasatan kes Along mati ditetak

|

views

SHAH ALAM – Polis menahan seorang lelaki di Jenjarom, dekat sini petang tadi bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang along akibat ditetak dengan parang di hadapan sebuah kopitiam di Bandar Baru Bukit Tinggi Klang awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata lelaki berumur 33 tahun itu ditahan pada pukul 6.30 petang.

Dalam satu kenyataan di sini beliau berkata polis akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek di Mahkamah Klang esok.

Beliau berkata dalam kejadian awal pagi tadi, along berumur 47 itu dikatakan hendak membuka pintu kereta selepas selesai makan bersama dua anaknya yang berumur 10 dan 18 tahun, apabila didatangi tiga lelaki, dan dua daripadanya yang bersenjatakan parang terus menyerangnya.

Shamsul Amar berkata ketiga-tiga suspek kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta yang menunggu mereka di tepi jalan menghala keluar ke arah Persiaran Batu Nilam, Klang. – Bernama

Berkaitan ⇢