Polis rayu maklumat 2 remaja perempuan hilang sejak 11 Nov

|

views

SINGAPURA: Polis merayu maklumat tentang keberadaan dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 10 hari lalu.

Nur Atiqah Mohd Nizam, 19 tahun, dan Nurain Abdullah, 18 tahun, kali terakhir dilihat dekat Springleaf Avenue pada sekitar 8.15 malam pada 11 November, kata SPF dalam satu kenyataan media pada Ahad (21 Nov).

Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau menyerahkan laporan online di www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat akan dirahsiakan, kata polis.

– CNA/TQ/tq

Berkaitan ⇢