Sektor pengeluaran dapat rangsangan inovasi di bawah pelan digital baru

|

views

SINGAPURA: Syarikat-syarikat pengeluaran bakal mendapat rangsangan inovasi menerusi satu pelan digital yang bakal dilancarkan pada Selasa (23 Nov).

Sempena pameran Transformasi Perindustrian Asia-Pasifik tahun ini, beberapa perjanjian dimeterai bagi menyokong usaha transformasi digital.

Ia merupakan satu daripada empat tunggak yang disentuh Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, selain rantaian bekalan bijak, peralatan terjamin dan pengeluaran yang mampan.

Menurut DPM Heng, sebagai hab pengeluaran termaju di Singapura, Daerah Inovasi Jurong memiliki sistem piawai kemampanan bangunan yang tertinggi di sini.

Ekosistem tersebut akan diperluas, bagi menciptakan sekitaran yang sesuai untuk uji cuba kaedah baru yang mampan bagi sektor pengeluaran.

Encik Heng menambah, teknologi bakal memainkan peranan penting dalam membantu syarikat SME tangani sebarang gangguan di masa depan.

Ini sangat perlu, memandangkan rantaian bekalan dunia yang terjejas akibat pandemik.

Sebilangan syarikat membentuk kerjasama bagi transformasi digital di sektor pengeluaran, contohnya Sembcorp dan Gallant Venture.

“COVID-19 telah mempercepat tempoh Industri 4.0. Ia juga mengingatkan kita bahawa pengeluaran peringkat lanjut bukan setakat di kilang sahaja.

“Sedang tumpuan beralih daripada ‘bila’ kepada ‘bagaimana’ kita melakukan pengeluaran, kita perlu memahami lebih mendalam faktor-faktor perubahan.

“Jika kita mampu menguasai empat faktor ini – rantaian bekalan bijak, pengeluaran yang mampan, inovasi pantas serta peralatan terjamin, kita boleh meraih manfaat Industri 4.0,” kata DPM Heng.

– CNA/IQ/ha

Berkaitan ⇢