Bunuh Along, 6 didakwa esok

|

views

Enam suspek kes pembunuhan seorang individu dipercayai along di Bukit Tinggi, Klang 6 November lalu, akan didakwa di Mahkamah Klang, esok.

Empat daripada suspek terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 302/34 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dua tertuduh lagi akan didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki dipercayai along maut ditetak di hadapan sebuah restoran di Bandar Baru Bukit Tinggi Klang.

Dalam kejadian pada jam 12.20 tengah hari itu, mangsa yang berusia 47 tahun sempat melarikan diri di celah beberapa kenderaan sebelum rebah dan maut di hadapan sebuah restoran lain.

Sebelum kejadian, mangsa bersama dua anak lelakinya, masing-masing berusia 10 dan 18 tahun telah pergi ke sebuah restoran untuk menjamu selera sekitar jam 11.50 pagi.

Sebaik selesai, tiga beranak itu berjalan kaki menuju ke sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire miliknya yang diletakkan kira-kira 30 meter dari restoran berkenaan.

Semasa hendak membuka pintu kereta, mangsa telah didatangi tiga lelaki bersenjatakan parang dari arah belakang dan dua daripada mereka kemudiannya terus menetak mangsa. – Getaran, 22 November 2021.

Berkaitan ⇢