Guzel Lukisan hasil kreativiti belia tempatan

|

views

• Pelukis Guzel Lukisan merupakan seorang pelukis tempatan bernama Awang Muhammad Kasyfi bin Kasim, 25 tahun, dengan dibantu bersama oleh adiknya, Dayang Umi Bazla binti Kasim yang berasal dari Kampung Meragang.

• Awang Muhammad Kasyfi menceritakan awal mula timbulnya idea untuk mempromosikan Guzel Lukisan ini adalah ketika seluruh dunia dilanda pandemik COVID-19 termasuk Negara Brunei Darussalam yang mana negara pada ketika itu turut menggalakkan orang ramai untuk ‘teranah’ di rumah.

• Dengan sambutan pelanggan yang sangat menggalakkan maka beliau dan adik beliau terinspirasi untuk memulakan perniagaan secara dalam talian dan menubuhkan Guzel Lukisan, nama ‘Guzel’ terangnya dipetik daripada perkataan bahasa Turki bermaksud cantik / lawa.

• Bagi perancangan pada masa hadapan, jika ada rezeki beliau ingin membuka galeri seni moden digital.

SENGKURONG  – Guzel Lukisan mula diasaskan atau ditubuhkan pada tahun 2020, yang dikendalikan bersama oleh dua orang adik-beradik iaitu seorang pelukis dan seorang lagi mengendalikan perkhidmatan pelanggan (customer service).

Pelukis Guzel Lukisan merupakan seorang pelukis tempatan bernama Awang Muhammad Kasyfi bin Kasim, 25 tahun, dengan dibantu bersama oleh adiknya, Dayang Umi Bazla binti Kasim yang berasal dari Kampung Meragang.

Dalam pendekatan bersama Pelita Brunei, Awang Muhammad Kasyfi menceritakan awal mula timbulnya idea untuk mempromosikan Guzel Lukisan ini adalah ketika seluruh dunia dilanda pandemik COVID-19 termasuk Negara Brunei Darussalam yang mana negara pada ketika itu turut menggalakkan orang ramai untuk ‘teranah’ di rumah.

“Disebabkan banyak berada di dalam rumah akhirnya saya banyak menghabiskan waktu melukis sebagai hobi pada masa lapang dan pada ketika itu juga saya selalu banyak melukis di kertas menggunakan alat lukis biasa sahaja secara manual dan lama kelamaan saya mencuba melukis di komputer untuk mengikut peralihan zaman moden,” ujarnya.

Dari situlah timbul idea dan inspirasi beliau untuk melukis dengan menggunakan komputer kerana lebih menjimatkan masa selain pada zaman pandemik ini semuanya serba digital termasuklah menjual lukisan kartun kepada orang ramai.

“Saya tidak pernah menghadiri kursus bidang lukisan semuanya bermula daripada hobi dan sewaktu kecil saya memang suka melukis, disebabkan saya suka kartun komik, jadi semua hasil karya lukisan saya berunsurkan kartun komik. Di situlah saya melukis wajah orang menjadi ala kartun komik,” tambahnya lagi.

Dengan sambutan pelanggan yang sangat menggalakkan maka beliau dan adik beliau terinspirasi untuk memulakan perniagaan secara dalam talian dan menubuhkan Guzel Lukisan, nama ‘Guzel’ terangnya dipetik daripada perkataan bahasa Turki bermaksud cantik / lawa.

“Kerana saya suka dengan budaya orang Turki, maka akhirnya timbullah idea saya memberikan nama lukisan saya sebagai Guzel Lukisan kerana saya yakin dan percaya doa orang ramai apabila perkataan Guzel disebut banyak kali, ia akan menjadi doa supaya lukisan kartun itu cantik,” ujarnya lagi.

Menjelaskan bagi perancangan pada masa hadapan terangnya, jika ada rezeki beliau ingin membuka galeri seni moden digital.

Orang ramai yang berminat untuk menempah lukisan kartun yang menarik sebagai cenderamata atau koleksi peribadi atau bagi meraikan mana-mana acara seperti ulang tahun, perkahwinan, hari jadi dan sebagainya bolehlah melayari laman Instagram dan Facebook ‘@guzel.lukisan’.

Berkaitan ⇢