7 ditangkap, 49 lagi disiasat polis berkaitan perjudian haram

|

views

SINGAPURA: Seramai tujuh orang ditangkap dan 49 lagi disiasat kerana disyaki terlibat dalam pelbagai kegiatan berjudi secara haram, kata polis dalam kenyataannya pada Rabu (1 Dec).

Kesalahan tersebut terbongkar selepas polis melakukan tiga serbuan berasingan antara 29 Okt dengan 21 Nov .

Serbuan pertama dijalankan di sebuah rumah kedai di Norris Road pada 29 Okt. 11 lelaki berusia 37 hingga 67 tahun ditemui di unit berkenaan termasuk dua yang dipercayai menganjurkan perjudian haram tersebut.

“Barangan berkaitan berjudi seperti daun terup juga ditemui dan dirampas bagi siasatan,” kata polis.

Kesemua mereka disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka, tambah polis.

Mereka juga “membantu dalam siasatan melanggar langkah-langkah pengurusan selamat” di bawah Peraturan COVID-19.

Serbuan kedua dijalankan sekitar Marsiling Road pada 20 Nov di mana polis menahan lima orang, dua daripada mereka dipercayai bertindak sebagai penerima taruhan manakalah tiga yang lain didakwa membuat taruhan lumba kuda haram dengan penerima taruhan tersebut.

Polis menyatakan wang tunai sebanyak S$1,100 dirampas bersama dua telefon bimbit dan barangan berkaitan berjudi.
Tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 52 dengan 62 tahun sedang membantu dalam siasatan di bawah Akta Pertaruhan, kata polis.

Serbuan ketiga pula dijalankan sepanjang dua hari pada 20 Nov dan 21 Nov di Bendemeer Road, Beach Road, Sago Lane, New Market Street and King George’s Avenue.

Seramai 40 orang yang disyaki terlibat di dalam kegiatan berjudi secara haram ditangkap, ini termasuk 13 yang dipercayai penerima taruhan.

13 lelaki berusia 50 hingga 82 itu disyaki “mengumpul dan membuat taruhan lumba kuda haram melalui cara fisikal dan jarak jauh”, bagi 27 orang.

Polis menyatakan wang tunai berjumlah S$13,000, sebuah telefon bimbit dan barangan berkaitan berjudi dirampas.

Kesemua 40 individu terdiri daripada 38 lelaki dan dua wanita itu “membantu dalam siasatan ” di bawah Akta Pertaruhan dan Akta Perjudian Jarak Jauh.

Mereka juga disoal siasat kerana melanggar peraturan COVID-19, kata polis.

Siapa yang didapati melanggar langkah-langkah jarak selamat boleh dipenjara sehingga enam bulan dan/atau didenda sehingga S$10,000.

Mereka yang didapati bersalah berjudi di rumah perjudian terbuka boleh dipenjara sehingga enam bulan dan/atau didenda sehingga S$5,000. Jika pesalah itu didapati pemilik atau penghuni tempat yang digunakkan sebagai tempat perjudian, mereka boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan didenda antara S$5,000 dengan S$50,000.

Sementara itu, mereka yang didapati bersalah bertindak sebagai penerima taruhan, boleh didenda antara S$20,000 hingga S$200,000, dan dipenjara hingga lima tahun.

Mereka yang membuat taruhan dengan penerima taruhan boleh dipenjara sehingga enam bulan dan/atau didenda sehingga S$5,000.

Mereka yang terlibat dalam perjudian haram secara jarak jauh boleh dipenjara sehingga enam bulan dan/atau didenda sehingga S$5,000. Sesiapa yang terlibat dalam memberikan khidmat perjudian haram dari jarak jauh boleh dipenjarakan sehingga lima tahun dan dikenakan denda antara S$20,000 dengan S$200,000.

– CNA/FA/ha

Berkaitan ⇢