Seorang maut, 6 staf KKM cedera kemalangan

|

views

KOTA TINGGI – Seorang lelaki maut manakala enam petugas Kementerian Kesihatan (KKM) cedera selepas terlibat kemalangan di Kilometer 58.0 Jalan Johor Bahru-Mersing pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihak polis menerima panggilan kejadian itu pada pukul 8 pagi melibatkan dua buah kenderaan iaitu Proton Wira dan Toyota Innova milik Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki Melayu berusia 50 tahun memandu Proton Wira dari rumahnya di perumahan tersusun Mawai Baru untuk ke tempat kerjanya di kilang proses batu di Jalan Mawai.

“Semasa sampai di lokasi kejadian kenderaan dipandu dipercayai telah hilang kawalan dan berpusing disebabkan terdapat batu-batu diatas jalan lalu memasuki laluan bertentangan.

“Pada masa yang sama sebuah Toyota Innova yang datang dari arah Johor Bahru menghala ke Mersing gagal mengelak lalu bertembung dengan Proton Wira berkenaan.

“Ekoran itu pemandu kereta mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala pemandu dan lima penumpang Toyota Innova mengalami cedera ringan dan dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT),”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Original Article

Berkaitan ⇢