BERITA ASIA 18 maut, 44 cedera, kereta api dan bas bertembung...

18 maut, 44 cedera, kereta api dan bas bertembung di Thailand

-

BANGKOK — Sejumlah 18 orang terbunuh manakala 44 lagi cedera, apabila sebuah kereta api barang bertembung dengan sebuah bas persiaran di Wilayah Chachoengsao, kira-kira 50 kilometer timur Bangkok hari ini.

Gabenor Jabatan Kereta Api Thailand (SRT) Nirut Maneephan mengesahkan jumlah mereka yang maut.

“Daripada 44 yang cedera, 31 telah menerima rawatan dan didiscaj daripada hospital,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada kejadian kira-kira jam 8 pagi (waktu tempatan) di lintasan kereta api berhampiran stesen Kereta Api Khlong Khwaeng Klan di Wilayah Chachoengsao itu, kereta api dari arah Laem Chabang di Rayong, telah bertembung dengan sebuah bas membawa 60 penumpang yang dalam perjalanan dari Samut Prakan ke sebuah kuil di Chachoengsao untuk menghadiri satu upacara keagamaan.

Gabenor Chachoengsao Maitree Traitilanan berkata, kejadian itu berlaku ketika bas itu sedang menyeberangi lintasan tersebut.

“Siasatan awal mendapati, walaupun kereta api itu telah membunyikan honnya, namun bas tersebut terus melintas landasan kereta api, kerana ketiadaan penghadang. Kereta api itu kemudiannya merempuh bas.

Maitree berkata, pihak polis masih menyiasat punca kejadian tersebut.

Mereka yang cedera telah dihantar ke hospital berdekatan.

Media tempatan melaporkan mayat-mayat bergelimpangan, manakala ada yang terperangkap di dalam bas, dan barangan milik penumpang bas berselerakan.

Sementara itu Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga yang maut dan cedera dalam kemalangan tersebut.

Dalam pada itu, seorang jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri berkata, Perdana Menteri telah mengarahkan Gebenor Chachoengsao dan pihak berkuasa berkaitan untuk memberikan bantuan segera kepada anggota keluarga semua mangsa.

— BERNAMA

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...