NEGARAKU AM 19 Kakitangan Kementerian Kesihatan, 5 petugas pusat perubatan...

[Video] 19 Kakitangan Kementerian Kesihatan, 5 petugas pusat perubatan swasta dijangkiti Covid-19

-

SERAMAI 19 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan lima petugas daripada fasiliti kesihatan swasta disahkan dijangkiti koronavirus baharu (Covid-19) setakat hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, dua daripada 19 kakitangan KKM itu kini dirawat di Unit Kawalan Rapi (ICU).

“Punca jangkitan bagi kesemua 19 anggota kesihatan KKM terbabit bukan disebabkan oleh ketidakpatuhan mereka ketika mengendalikan kes Covid-19 di peringkat fasiliti masing-masing.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kesemua mereka adalah kontak rapat generasi pertama dan kedua membabitkan kluster jemaah tabligh,” katanya pada sidang media harian, di Putrajaya, hari ini.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, sehingga 14 Mac lalu, seramai 337 anggota KKM yang sudah menjalani ujian saringan pengesanan Covid-19 dan daripada jumlah itu, seramai 251 didapati negatif manakala baki 86 lagi masih menunggu keputusan.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, laporan polis dan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana individu yang gagal mendedahkan latar belakang kesihatan dan perjalanan mereka kepada kakitangan perubatan sebelum menjalani saringan.

Beliau berkata, ia berikutan ada beberapa kes membabitkan pesakit yang hanya mendedahkan mereka ada kaitan dengan pesakit positif Covid-19 selepas menjalani saringan di hospital atau klinik kesihatan.

Katanya, apabila didapati positif, pihaknya terpaksa menutup wad, bilik bedah, menjalankan pembersihan manakala kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu dikenal pasti, disaring selain masih perlu dikuarantin jika didapati negatif.

Justeru, beliau berkata, tidak adil bagi kakitangan kementerian itu untuk didedahkan kepada risiko berkenaan.

“Saya gesa jika ia berlaku, kakitangan kami membuat laporan polis kerana tidak mendedahkan maklumat. Ia adalah maklumat yang penting dan kadang kala anda menjangkiti kami.

“Saya rasa ia adalah penting, contohnya anda tidak mendedahkan perjalanan anda ke lima negara (yang ada wabak Covid-19) atau ke luar negara atau anda tidak mendedahkan anda berkait dengan kumpulan tabligh.

“Semua ini maklumat penting. Jika anda maklumkan kepada kami, kami akan memastikan pegawai kami dilindungi sebelum memeriksa anda,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Noor Hisham berkata, mana-mana pihak yang didapati mendedahkan maklumat pesakit yang positif COVID-19, boleh dikenakan tindakan undang-undang melainkan ia didedahkan sendiri oleh individu berkenaan.

Katanya, hanya pesakit berhak untuk berbuat demikian seperti yang dilakukan oleh pesakit kes ke-26 dan ke-33 sebelum ini.

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...