2,000 ahli PKR Ba’Kelalan keluar parti

|

views

BA’KELALAN: Kira-kira 2,000 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) N81 Ba’Kelalan termasuk Ketua Wanita dan ahli Angkatan Muda Keadilan mengumumkan keluar parti berkuat kuasa Ahad.

Setiausaha PKR Cawangan Ba Kelalan, James Tai yang mengesahkan perkara itu berkata, keputusan itu diambil berikutan kehilangan keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti dan kepimpinan baharu di peringkat negeri.

“Susulan mesyuarat peringkat cawangan PKR semalam, kami memutuskan untuk keluar daripada PKR.

“Dengan ini kami mengumumkan sokongan penuh, kesetiaan dan kepercayaan kepada Baru Bian dan pasukan seterusnya dalam hala tuju perjuangan politik seterusnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo hari ini.

Berkaitan ⇢