UMNO tidak halang wakil rakyat sokong Anwar

|

views

UMNO tidak dapat menghalang mana-mana ahli parlimennya yang ingin menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa ada ahli-ahli parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan mereka.

“Saya dimaklumkan ramai ahli-ahli parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Beliau dikatakan berhasrat untuk mengadap KDYMM Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan hasratnya sebagainya dimaklumi,” katanya dalam kenyataan media.

Pegawai Zahid telah mengesahkan kesahihan kenyataan tersebut selepas dihubungi wartawan Utusan Malaysia.

Kenyataan Presiden UMNO itu dikeluarkan selepas Anwar mengumumkan majoriti kukuh sekali gus menumbangkan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahmad Zahid turut berkata beliau menghormati keputusan ahli-ahli parlimen tersebut.

“Saya dimaklumkan ramai ahli parlimen UMNO dan BN telah menyatakan sokongan. Saya menghormati pendirian ahli-ahli parlimen berkenaan,” katanya.

Berkaitan ⇢