RASMI: SPR umum GRS menang 37 kerusi

|

views

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi mengumumkan Gabungan Rakyat Sabah memenangi 37 kerusi, daripada 65 yang dikira setakat 11.30 malam.

Pecahannya adalah Barisan Nasional 14 kerusi, Perikatan Nasional 17 kerusi, dan PBS 6 kerusi, kata Pengerusi Abdul Ghani Salleh pada sidang media tadi.

Jumlah tersebut mencukupkan majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri Sabah yang mempunyai 73 kerusi.

Di pihak Warisan Plus pula, Warisan, PKR, dan Upko menang 26 kerusi.

Dua kerusi dimenangi calon Bebas.

  –

Berkaitan ⇢