[Video] GRS sebulat suara namakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri

|

views

GRS sebulat suara namakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri

Kota Kinabalu – Gerakan Rakyat Sabah (GRS) telah bersetuju dengan sebulat suara untuk mencalonkan Datuk Hajiji Not sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Perkata itu dimaklumkan oleh Hajiji yang juga merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) melalui satu sidang akhbar khas sebentar tadi.

“Saya ingin memaklumkan bahawa gabungan yang terdiri deripada Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan PBS telah pun bersetuju bersama membentuk kerajaan negeri yang baru.

“Saya difahamkan esok kita akan mengangkat sumpah, jadi inilah mandat rakyat yang telah diberikan kepada kami,” katanya sebentar tadi.

Ketika ditanya mengenai calon ketua menyeri, Hajiji memaklumkan GRS dengan sebulat suara telah bersetuju mencalonkan dirinya.

“Mereka semua dengan sebulat suara telah mencalonkan saya sebagai calon ketua menteri,” katanya lagi

Terdahulu Jabatan Penerangan Negeri Sabah memaklumkan, upacara angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah yang baharu itu dijadualkan esok pagi.

Majlis tersebut itu akan berlangsung pada pukul 10.30 pagi di Istana Negeri Sabah, Kota Kinabalu.

Sabtu lalu, GRS berjaya membentuk kerajaan baharu dengan majoriti tipis apabila memperoleh 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. – SuaraTV

https://www.youtube.com/watch?v=WKV59H_MuvM –

Berkaitan ⇢