Najib mahu menteri PAS diheret ke mahkamah atas dakwaan langgar arahan kuarantin

|

views

Bekas presiden Umno, Najib Razak, mahu Menteri Mohd Khairuddin Aman Razali didakwa di mahkamah atas dakwaan melanggar arahan kuarantin wajib.

Pemimpin PAS itu dikecam selepas dikatakan tidak ikut arahan kuarantin wajib 14 hari selepas menghadiri mesyuarat Dewan Rakyat tidak lama selepas pulang dari Turki.

Kementerian Kesihatan kemudian mengenakan denda RM1,000 dan sejak itu juga beliau disiasat polis.

“Biar mahkamah putuskan dia salah ke tidak atau apa hukumannya sebab saya difahamkan kementerian atau imigresen terlepas keluarkan arahan kuarantin mandatori pada dia,” katanya.

“Jika kalah, masih boleh rayu.”

Najib bagaimanapun bukan hendak mengecam PAS, tetapi sedar rakyat amat tidak puas hati dengan perkara itu.

Facebook Najib Razak

Berkaitan ⇢