Mesyuarat khas Tok Abah bersama MB dan KM esok batal

|

views

Pembatalah tersebut berkemungkinan berkaitan dengan keputusan Yang DiPertuan Agong setelah bermesyuarat dengan Raja-raja Melayu tidak memperkenan Tok Abah Kau untuk mengisytiharkan darurat. Dipercayai jemputan mesyuarat khas dibuat dengan andaian Yang DiPertuan Agon akan memperkenan cadangan Tok Abah untuk mengisytihar darurat.

————————————————–
Pertemuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dijadual berlangsung Putrajaya esok dibatalkan.

Media melaporkan antara ketua negeri yang memaklumkan berhubung pembatalan mesyuarat khas tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Namun difahamkan sehingga kini, mesyuarat khas Kabinet masih diteruskan.

Antara inti pati mesyuarat akan membincangkan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdulah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah yang menolak cadangan Jemaah Menteri yang diketuai Perdana Menteri supaya mengisytiharkan darurat bagi memerangi pandemik Covid-19.

Muhyiddin bersama sekumpulan anggota Kabinet menghadap Seri Paduka Baginda Jumaat lalu di Pahang bagi mempersembahkan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri.

Susulan itu, baginda telah memanggil Raja-Raja Melayu untuk berbincang mengenai perkara tersebut hari ini di Istana Negara.

Malam ini, menteri-menteri Kabinet mengadakan pertemuan mengejut di kediaman Muhyiddin, di Bukit Damansara.

Terdahulu SuaraTV melaporkan Perdana Menteri memanggil menteri Kabinet ke kediamannya bagi membincangkan keputusan Agong yang menolak cadangan Kabinet untuk isytihar darurat.

Menurut sumber, Muhyiddin mempertimbangkan untuk melepaskan jawatan dan mahu berbincang tentang hasratnya itu dengan jemaah Kabinet secara tidak rasmi.

Berkaitan ⇢