Mujahid di Bukit Aman untuk dirakam keterangan pertikai perlantikan Tok Abah sebagai PM

|

views

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah,), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang ini untuk diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5).

Bekas Menteri Agama itu memasuki perkarangan Bukit Aman jam 5.33 petang untuk siasatan didakwa mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Mujahid hadir ke Bukit Aman dengan menaiki kenderaan Honda Accord Hitam ditemani seorang peguam.

Terdahulu Mujahid melalui ciapan di laman Twitternya memaklumkan beliau akan memberi kerjasama kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman pada jam 5.30 petang.

“Saya akan beri kerjasama, semoga dipermudahkan segala urusan semua pihak,” katanya.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan perkara itu.
“Ye, betul (akan dipanggil ke Bukit Aman),” katanya.

Berkaitan ⇢