‘JASA bukan macam di bawah’ BN kata Menteri UMNO

|

views

Tan Sri Annuar Musa yakin Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) tidak akan berperanan seperti zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Menteri Wilayah Persekutuan berkata perubahan zaman menuntut Jasa memainkan peranan dan bentuk organisasi baharu.

“Jasa dahulu diwujudkan sesuai dengan keadaan ketika itu. Kini keperluan dan cabaran sudah jauh berubah.

“Kerajaan pastinya akan mendengar bermacam-macam pandangan semasa perbahasan Belanjawan 2021.

“Tidak mustahil kerajaan akan menampilkan bentuk yang lebih baharu, nama baharu dan struktur organisasi baharu,” coretnya di Twitter.

Annuar mengulas kenyataan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang melihat perubahan peranan Jasa di bawah kerajaan baharu.

Wan Saiful Wan Jan berkata Jasa akan memastikan kerajaan mendengar dan memahami rintihan rakyat.

Katanya, rakyat juga akan mendapat maklumat sahih daripada Jasa agar kesilapan Pakatan Harapan (PH) tidak berulang.

Belanjawan 2021 memperuntukan RM85.5 juta bagi menghidupkan semula operasi Jasa yang sudah ditamatkan ketika zaman pemerintahan PH.

Berkaitan ⇢