Bekas PM Sudan meninggal dunia akibat COVID-19

|

views

KHARTOUM: Bekas Perdana Menteri Sudan yang juga tokoh pemimpin pembangkang, Sadiq al-Mahdi meninggal dunia hari ini, akibat jangkitan COVID-19, lapor Parti Umma Nasional Islam.

Sadiq, 84, yang juga menerajui kepimpinan Parti Umma Nasional Islam menerima rawatan di Emiriah Arab Bersatu tiga minggu lalu selepas didapati positif COVID-19.

Sebelum ini Allahyarham turut menerima rawatan di hospital di Sudan.

“Kami mengucapkan takziah kepada rakyat Sudan atas kematian beliau,” kata jurucakap parti itu dalam kenyataannya.

Sadiq adalah Perdana Menteri Sudan terakhir terpilih secara demokratik di negara itu sebelum digulingkan pada 1989. Sadiq digulingkan bekas Presiden negara itu, Omar al-Bashir sebelum rampasan kuasa tentera disokong pemimpin Islam.

Allahyarham adalah tokoh pembangkang yang berani sepanjang pentadbiran Bashir sehingga sanggup menggunakan pengaruhnya di sebalik gerakan tunjuk perasan besar-besaran yang akhirnya mendorong tentera menggulingkan pemimpin itu tahun lalu.

Sejak itu, Bashir menjalani hukuman di Penjara Kober dengan tahap keselamatan tinggi di Khartoum dan didapati bersalah pada Disember lalu atas jenayah salah guna kuasa.

Setakat ini, Sudan merekodkan lebih leb17,000 kes COVID-19 termasuk lebih 1,200 kematian. – AFP

Berkaitan ⇢