Krisis Politik menyebabkan Tok Abah Kau berpeluang menjadi Perdana Menteri

|

views

Lagkah Tok Abah Kau hanya muslihat untuk kekal sebagai Perdana Menteri. Segalanya hanya kerana kuasa semata-mata, usah lah cakap demi agama, bangsa atau untuk menolak DAP. Pengkhianat dari PKR dan UMNO didalam PPBM melompat kerana kedudukan semata-mata. Tiada keikhlasan teserlah ketika PRN Sabah, UMNO/BN dikhinati.

=====================
Muhyiddin: Krisis politik taut hubungan PPBM, Umno, PAS

Krisis politik awal tahun ini telah mempertautkan UMNO dan Bersatu daripada seteru menjadi sekutu, sekali gus berada dalam satu saf politik yang sama, kata Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata walaupun ada pihak yang kurang selesa dengan keadaan itu dan melihat seolah-olah UMNO berada dalam keadaan terpaksa untuk bekerjasama, perkara berkenaan harus dlihat sebagai ujian untuk pemimpin Melayu Islam di negara ini dalam memperkukuh hubungan termasuk dengan parti PAS.

“Di hadapan kita terbentang luas peluang untuk kita menyatukan umat Melayu dan Islam di negara ini yang telah mengalami perpecahan politik sejak sekian lama.

“Sedarlah, krisis politik yang berlaku di negara kita pada awal tahun ini telah mempertautkan pimpinan politik Melayu dalam Bersatu, UMNO dan PAS dalam satu saf politik yang sama.

“Pada saya, pertautan ini adalah satu langkah awal untuk mewujudkan penyatuan ummah yang lebih besar,” katanya ketika dalam ucapan dasar bersempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu hari ini.

Katanya umat Melayu di negara ini akan selamanya berpecah-belah dan penyatuan ummah akan menjadi retorik semata-mata sekiranya pemimpin yang ada hanya mengutamakan kepentingan kelompok-kelompok kecil dan parti sendiri.

“Malay unity will always remain an elusive dream (Perpaduan Melayu akan kekal sebagai mimpi). It will never materialise in our lifetime (Perkara itu tidak akan berlaku dalam hayat kita ini). Apalah salahnya jika kita rebut peluang yang didatangkan oleh Allah SWT menerusi ujian-Nya ini untuk memperkukuhkan penyatuan antara kita,” katanya.

Sehubungan itu, katanya adalah baik jika semua pemimpin Melayu dan Islam di negara ini dapat bersatu dalam sebuah jemaah yang besar, berbanding berpecah-belah dalam kabilah-kabilah kecil, sekali gus dapat mewujudkan kestabilan politik di negara ini.

Pada masa yang sama, perdana menteri berkata berdasarkan pertemuan empat mata dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mereka sedar hubungan di antara Bersatu dan UMNO harus dibaiki walaupun perkara itu bukan usaha yang mudah.

Justeru katanya langkah untuk memperkukuh hubungan di antara dua parti itu dan PAS akan dilakukan bagi memastikan tiada perpecahan dan pertembungan sesama mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-15.

Dalam ucapan yang mengambil masa hampir sejam itu, Muhyiddin turut menjelaskan Bersatu akan terus menggunakan pendekatan sederhana dalam menegakkan agama Islam sebagai agama persekutuan di negara ini.

Hal itu akan dilakukan dengan terus menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni, katanya

“Islam di negara kita juga perlu terus berfungsi sebagai suatu civilizing force iaitu kuasa yang membentuk pemikiran dan peradaban umat Islam di rantau nusantara ini,” katanya.

Pada masa yang sama, perdana menteri memberi jaminan keadilan dan kesaksamaan untuk semua rakyat dan kemakmuran akan dapat dinikmati secara adil dan saksama, tanpa sesiapa pun tertinggal di belakang. — Bernama

Berkaitan ⇢