Pas biadap, tak hormat Raja Melayu – Teng Chang Kim

|

views

Pemimpin dan wakil rakyat DAP, Datuk Teng Chang Khim menggelarkan parti Pas sebagai biasa.

Chang Khim yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang berkata, parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu nyata tidak menghormati Raja Melayu dengan menolak untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, selepas dititahkan berbuat demikan pada 8 Disember lalu.

“Pas biadap dan tidak menghormati Raja Melayu. Parti yang kononnya memperjuangkan Islam biadap terhadap Ketua Agama Islam Negeri,” komen Chang Kim pada laman Facebook beliau hari ini.

Pemimpin DAP itu mengulas mengenai laporan media yang menyatakan Pas Perak memohon ampun kepada Sultan Perak, kerana tidak hadir ke Istana Kinta menghadap Sultan Nazrin pada Selasa lalu.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria, hari ini parti itu berkata akan mengutus surat memohon ampun dan maaf atas perkara tersebut.

“Pas Perak sentiasa menjunjung tinggi institusi Kesultanan Perak Darul Ridzuan dan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah,” katanya hari ini.

Permohonan maaf secara terbuka Razman itu disertai dua lagi ADUN Pas di Perak iaitu ADUN Selama, Mohd Akmal Kamaruddin, dan ADUN Kubu Gajah, Khalil Yahaya.

Pada Selasa lalu, Sultan Nazrin Shah memanggil menghadap ADUN Bersatu dan Pas ke Istana Kinta di Ipoh berikutan kemelut politik di negeri itu.

Hanya ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, yang merupakan wakil rakyat dari Bersatu hadir ke istana. – MalaysiaGazette

Berkaitan ⇢