Dr Mahathir, Ku Li mahu kembalikan Malaysia sebagai harimau Asia kah kah kah

|

views

Malaysia tidak pernah di gelar kuasa ekonomi Harimau Asia, Paling tinggi gelaran Tiger Cub Asia itupun dibawah Indonesia.

Pencapaian terbaik PM ke-4 dan PM ke-7 Mahathir ada dibawah kelompok ‘Tiger Cub’ atau bahasa Melayunya ‘Anak Harimau’ yang merujuk kepada ‘negara membangun’ di Asia Tenggara, itupun dibawah Indonesia. 4 ‘negara membangun’ di dalam kelompok Tiger Cub adalah Indonesia, Malaysia, Philippines, Thailand and Vietnam. [Rujukan 1]

Walau bagaimanapun, sejak tahun 2011 semasa Najib Razak menjadi Perdana Menteri, Malaysia telah berkembang mengatasi 4 Asian Tiger sekurang-kurangnya 7 tahun – yang tidak pernah dilihat pada masa Mahathir di mana Malaysia sentiasa berada di bawah berbanding ini 4 buah negara Asian Tiger. [Rujukan 2]

Kepada yang masih tidak faham apa itu Harimau Asia baca sini [Rujukan 3]


Dua ahli politik veteran negara hari ini mengumumkan berganding bahu untuk memberikan sumbangan kepada negara tetapi tidak memberikan penjelasan terperinci berhubung rancangan mereka.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, 95 dan Tengku Razaleigh Hamzah, 83, pada satu sidang media bersama mengatakan mereka membuat pengumuman menjelang pengundian Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 untuk bacaan kali ketiga esok yang bermaksud sekiranya gagal kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan tumbang.

Dua pemimpin yang pernah “berentap” untuk jawatan tertinggi Umno pada tahun 1987 sehingga menyebabkan parti Melayu itu berpecah mengatakan mereka mahu memberikan sumbangan kepada negara untuk menggembalikan status Malaysia sebagai “harimau Asia”.

Mahathir dan Razaleigh juga menyeru semua 220 ahli Parlimen membuat undian esok tanpa memikirkan kepentingan parti dan kedudukan masing-masing.

Sebaliknya, mereka menggesa semua ahli Parlimen membuat keputusan demi kebaikan rakyat yang menerima impak negatif selepas pandemik Covid-19 melanda negara.

Razaleigh yang juga pengerusi Jemaah Penasihat Umno berkata, beliau berharap wakil rakyat dapat bekerjasama untuk membangunkan semula negara kepada zaman kegemilangannya sehingga dikenali sebagai harimau Asia.

Manakala, Mahathir menegaskan kerajaan hari ini mempunyai banyak konflik yang perlu diselesaikan segera yang menyebabkan banyak dasar-dasar kerajaan tidak boleh dijalankan dengan baik.

“Kerajaan pun ada kelebihan dua undi sahaja. Ahli Parlimen pun sibuk dengan politik sahaja.

“Menteri-menteri dapat gaji jauh lebih besar berbanding dulu, (sebab itu) masing-masing nak jadi menteri, timbalan menteri kerana gaji lebih besar. Untuk duit sahaja,” katanya dalam satu sidang media bersama di Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, Ku Li menegaskan beliau tidak akan mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2021 selagi keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) belum dimuktamadkan.

Pada September, Ku Li pernah menulis surat kepada speaker Dewan Rakyat untuk mengusulkan undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Beliau kemudiannya dilihat “memulaukan” pengundian belanjawan selepas Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menolak usul itu dibahaskan.

Rujukan:
[1] Tiger Cub Economies
https://www.investopedia.com/terms/t/tiger-cub-economies.asp

[2] Mahathir Kata Malaysia Jadi Kucing: Beliau Cemburukan Najib Bawa Ekonomi Malaysia Mengatasi Negara Asian Tiger
https://pakdin.my/mahathir-kata-malaysia-jadi-kucing-beliau-cemburukan-najib-bawa-ekonomi-malaysia-mengatasi-negara-asian-tiger/

[4] Lihat Wikipidea: Four Asian Tigers 亞洲四小龍 아시아의 네 마리 நான்கு ஆசியப் புலிகள்
https://en.wikipedia.org/wiki/Four_Asian_Tigers

Rujukan lain:

‘Tiger of Asia’: Satu lagi pengampu tegar Mahathir tunjuk bebal
Satu sahaja kecerdikan dia, cerdik mengelirukan rakyat terutama mahacai Pakatan Harapan, beliau menggunakan ‘Tiger…
https://pakdin.my/tiger-of-asia-satu-lagi-pengampu-tegar-mahathir-tunjuk-bebal/

Asian Tiger: Kita Di Era Kebodohan
Sampai bila Kerajaan hendak meneruskan khayalan mengenai kejayaan silam. Jangan nanti dari tiger cub hanya menjadi anjing kurap.
https://pakdin.my/asian-tiger-kita-di-era-kebodohan/

Membetulkan Kenyataan Mahathir: ‘Anak Harimau, bukan Harimau Asia’
Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, tanpa GST, Malaysia masih mampu menjadi Harimau Asia. Untuk memperbetulkan…
https://pakdin.my/membetulkan-kenyataan-mahathir-anak-harimau-bukan-harimau-asia/

Berkaitan ⇢