Keluarga Zeti pernah terima dana melebihi RM100 juta dari Jho Low?

|

views

Sejurus selepas PRU14, bekas Gabenor BNM sejak tahun 2000 pernah mengeluarkan satu kenyataan yang kata dia nafi tahu kewujudan dana atau tahu mengenai apa-apa transaksi dalam akaun saya termasuk dana yang dikatakan RM2.6b itu.

Masa itu, saya amat hairan kenapa dia boleh cakap begitu sedangkan dia yang nasihat saya untuk buka akaun atas nama saya sendiri (dan bukan atas nama parti) untuk menerima dana asing tersebut dan mana mungkin seorang Gabenor BNM boleh tidak tahu apabila dana asing berjumlah berbilion-bilion masuk ke dalam akaun bank atas nama Perdana Menteri sedangkan setiap transaksi besar dari luar negara perlu kelulusan BNM.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/444687/zeti-nafi-tahu-kewujudan-dana-rm26-bilion

Tahun lepas, bekas pengurus besar Ambank juga beritahu mahkamah dalam perbicaraan kes SRC bahawa dia sendiri telah jumpa dan serah dokumen-dokumen berhubung transaksi akaun atas nama saya kepada Zeti berkali-kali.

https://nthqibord.com/2019/07/19/sah-zeti-aziz-terima-2-surat-derma-arab-kepada-najib/

Dan dalam penghakiman kes SRC, hakim juga bersetuju bahawa saya telah mengarahkan BNM dan Ambank untuk pantau akaun saya dan beritahu saya jika ada transaksi-transaksi yang meragukan namun hakim berpendapat bahawa jikapun BNM atau Ambank memberi amaran kepada saya (mereka tidak pernah), saya akan abaikannya sebab hakim kata saya power sebagai Perdana Menteri.

Jadi, saya harap Zeti (yang kini pengerusi PNB) akan tampil untuk menjawab pendedahan dokumen-dokumen semalam yang menuduh bahawa keluarga dia pernah terima dana melebihi RM100 juta dari Jho Low termasuk dana yang berasal dari 1MDB dalam akaun-akaun bank mereka di Singapura.

https://www.malaysia-today.net/2020/12/28/zeti-azizs-family-received-millions-from-jho-low/

Sumber: Facebook Najib Razak

 

Sejurus selepas PRU14, bekas Gabenor BNM sejak tahun 2000 pernah mengeluarkan satu kenyataan yang kata dia nafi tahu…

Posted by Najib Razak on Monday, 28 December 2020

 

Lain-lain sumber:
https://malaysiannow.com/tag/zeti

Berkaitan ⇢