WhatsApp masih terus berfungsi tahun depan

|

views

WhatsApp menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa aplikasi itu tidak akan lagi berfungsi pada pada telefon bimbit versi lama iPhone atau peranti Android mulai tahun depan.

Syarikat itu, dalam satu kenyataan, menegaskan tiada sebarang perubahan dasar membabitkan isu itu dan sekiranya WhatsApp ketika ini berfungsi pada telefon bimbit sedia ada, ia akan terus berfungsi selepas 1 Januari 2021.

“Setakat ini, WhatsApp belum mengumumkan sebarang perubahan atau kemas kini terbaru membabitkan aplikasi itu dalam telefon bimbit versi lama iPhone mahu pun peranti Android.

“Telefon yang disokong aplikasi itu sekarang, iPhone dengan iOS 9 atau yang terkini dan peranti Android pada Android 4.0.3 atau versi terkini akan terus berfungsi seperti biasa,” katanya.

Baru-baru ini, terdapat beberapa laporan yang mendakwa WhatsApp akan berhenti berfungsi pada telefon bimbit versi lama mulai 1 Januari 2021.

WhatsApps sudah beberapa kali menjelaskan bahawa kebanyakan pengguna tidak akan terkesan jika mereka menghentikan beberapa fungsi mereka pada telefon lama mulai 1 Januari nanti.

Namun, ketika 1 Januari semakin hampir, dakwaan seumpamanya kembali berleluasa dan tersebar sehingga mencetuskan kerisauan dalam kalangan pengguna.

Menurut WhatsApp lagi, apa saja dasar sokongan yang sedia ada sekarang tidak akan memberi kesan kepada akses telefon bimbit selepas 1 Januari 2021.

“Di WhatsApp, kami melaksanakan langkah amalan terbaik industri dan menghentikan sistem sokongan dari masa ke masa untuk telefon bimbit modek terlalu lama.

“Ini akan memerlukan pengguna untuk menaik taraf ke sistem sokongan operasi yang lebih baharu untuk terus menggunakan perkhidmatan kami.

“Namun, sebelum melakukan tindakan seperti itu, kami akan membuat makluman yang jelas kepada pengguna dengan menyediakan butiran t tentang melalui aplikasi itu,” katanya. – AGENSI

Berkaitan ⇢