Hyundai Corp pindahkan ibu pejabat ke Indonesia

|

views

HYUNDAI Motor Corporation yang mempunyai ibu pejabat wilayah Asia Pasifik di Petaling Jaya bakal berpindah ke Indonesia pada hujung tahun ini.

Menurut laporan media, langkah itu diambil kerana insentif lebih menarik disediakan oleh republik itu dalam pembangunan kenderaan elektrik (EV).

Pusat itu yang dibuka pada 2015 juga berperanan sebagai Akademi Latihan Hyundai yang menyediakan latihan untuk pelatih bagi pengedar kenderaan Hyundai Asia Pasifik di 33 negara rantau ini.

Ia adalah akademi latihan Hyundai kedua selepas Dubai yang dilengkapi ruang pameran terkini dengan ciri identiti standard pengeluar kereta itu termasuk latihan kemahiran, teknikal dan pemasaran.

November lalu, Hyundai memeterai perjanjian untuk membina kilang baru di Indonesia dengan pelaburan AS1.55 bilion (RM6.25 bilion) sehingga 2030.

Untuk pasaran Malaysia jenama Hyundai diedarkan oleh Hyundai Sime-Darby Motors (HSDM) yang meneruskan operasi, jualan dan khidmat selepas jualan seperti biasa.

Berkaitan ⇢