Gambaran Dr. Dzul Gagal? MB Terpaksa Cari Menteri UMNO Barulah ‘Rasa Lega’

|

views

Selepas berterusan mencatatkan kes harian tertinggi, Kerajaan Selangor akhirnya bersemuka dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pada Selasa, 2 Februari 2021.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memberitahu pertemuan dengan Dr Adham dan pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) itu sangat produktif.

Amirudin bersyukur perbincangan bersama melibatkan pasukan kesihatan negeri dengan KKM itu bakal melancarkan gerak kerja pengurusan pandemik Covid-19 di Selangor.

“Di sebalik ‘doom and gloom’ (perasaan tidak mempunyai harapan) yang biasa kita dengar apabila dihadapkan dengan angka-angka jangkitan yang meningkat, ternyata perbincangan bersama YB Menteri sangat melegakan,” ujarnya dalam satu kenyataan pada hari Selasa.

Beliau berkata, pertemuan tersebut memberi harapan yang terbentang luas untuk kerajaan negeri dan KKM bersama-sama memberikan yang terbaik buat Selangor dan Malaysia.

“Banyak yang sempat dibincangkan dalam rangka masa hampir dua jam, daripada sebesar-besar isu vaksin dan Pusat Transit Sementara (PTS) membawa ke isu pewartaan, termasuk isu-isu lain seperti perkongsian data dan kerjasama melalui agensi kerajaan negeri.

“Insya-Allah, berkat kerjasama dan persetujuan YB Menteri dan pasukannya, kita akan umumkan beberapa kesepakatan yang kita berjaya capai hari ini – kemuncak kepada usahasama Persekutuan dan Negeri tanpa ‘working in silos’ (budaya kerja secara silo atau bekerja dalam komuniti sendiri),” ujarnya lagi.

Selangor merekodkan kes jangkitan Covid-19 tertinggi dengan jumlah keseluruhan sebanyak 70,441 kes setakat jam 12 tengah hari Selasa.

Daripada jumlah itu, 69,991 kes melibatkan penularan tempatan manakala 450 kes jangkitan luar negara.

Sebahagian kluster baharu yang diumumkan KKM setiap hari datang dari Selangor tetapi difahamkan masih dibenarkan beroperasi.

Sebanyak 62,814 kes sembuh daripada Covid-19 di Selangor manakala terdapat 168 kematian direkodkan.

Sehingga semalam juga sebanyak 7,459 kes aktif iaitu sedang dirawat di Selangor.

Sebelum ini, Selangor telah melantik Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bekas Menteri Kesihatan sebagai ketua pasukan ‘task force’ untuk menurunkan angka kes Covid-19 negeri itu.

Walau bagaimanapun, semenjak Ahli Parlimen dari Parti Amanah Negara itu dilantik, kes Covid-19 di negeri berkenaan makin teruk dan meragut lebih ramai rakyat tak berdosa.

Sebaliknya, Dr. Dzul acapkali pula dilihat mempertikaikan usaha-usaha yang dilakukan oleh KKM, khususnya Kerajaan PN.

Mungkin kerana sudah begitu tepu atau sudah tiada hasil yang positif daripada pasukan ‘task force’ diketuai Dr. Dzul itu, maka MB Selangor terpaksa juga bertemu Menteri Kesihatan untuk memohon pertolongan lanjut.

Maka, tak hairanlah mengapa MB Selangor cukup berasa lega dan tenang setelah bertemu Dr. Adham seperti yang beliau tulis dalam media sosial miliknya sendiri.

Mungkin pasukan ‘task force’ yang ditubuhnya pada tahun 2020 tidak mampu memberi penyelesaian terbaik, hanya sibuk mengeluarkan kenyataan menyalahkan pihak lain. Sebaliknya kepimpinan Kerajaan PN jugalah yang mampu beri kelegaan buat kerajaan dan penduduk negeri kritikal itu.

Berkaitan ⇢