PAS nafi arah ahli doa bekas Adun DAP bebas tuduhan rogol

|

views

Dah Korang pun sebut Harakat Daily, sebuah akaun satira. Kenapa Nak Saman tulisan di akaun Twitter Satira?

PAS lupa semasa mereka pembangkang, macam-macam fitnah di hambur dan tidak disaman malahan ada yang dimaafkan begitu sahaja.

PAling dahsyat tuduhan bekas Perdana Menteri menonton filem lucah bersama cucunya.

—————————–

PAS Perak hari ini membuat laporan polis terhadap Harakatdaily, sebuah akaun satira di Twitter kerana memuat naik satu hantaran berunsur fitnah terhadap parti itu.

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata laporan itu bagi membolehkan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menjalankan siasatan sewajarnya.

“Kenyataan yang dibuat itu adalah palsu, fitnah dan berniat jahat untuk menjatuhkan imej saya dan PAS sendiri,” katanya selepas selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di sini.

Akaun satira itu dikesan memuat naik sebuah poster dengan kapsyen yang menyebut PAS Perak mengarahkan ahlinya bermunajat bagi mendoakan agar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh Paul Yong dibebaskan daripada tuduhan merogol pembantu rumah.

Razman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak berkata peguamnya juga sedang membuat pertimbangan untuk membawa kes berkenaan ke peringkat saman malu kerana memfitnah.

Tegasnya, PAS sentiasa mempercayai sistem perundangan negara yang wajar dihormati oleh semua pihak. — Bernama

Berkaitan ⇢