Tok Abah Kau mendapat sokongan 49% mengikut tinjauan oleh PAS dengan 465 responden

|

views

Ini adalah tinjauan yang sangat meragukan kerana beberapa sebab dan mungkin diterbitkan hari ini sebagai pembanding terhadap hasil tinjauan UtusanTV yang dikongsi secara meluas sejak minggu lalu:

1. Jumlah responden hanya 465 orang. Ini adalah kumpulan sampel yang sangat kecil sebagai sebarang ukuran untuk tinjauan politik.

Tentunya bukan tinjauan terbuka yang melibatkan lebih daripada 58,000 orang seperti tinjauan yang dibuat UtusanTV yang sedang berlangsung sekarang.

2. Tempoh tinjauan dibuat adalah dari 15 Nov hingga 31 Dis 2020. Tetapi ianya diterbitkan semula hari ini (Mac).

3. Kumpulan Qgenanalyst yang melakukan tinjauan dibentuk pada September 2019 dan mengidentifikasi diri mereka hanya sebagai “sekumpulan individu yang ingin berkongsi penemuan mereka”. Nama bukan main hebat tetapi tidak tahu siapa mereka dan dengan siapa mereka dikaitkan.

Oleh itu, hasil tinjauan mengatakan bahawa populariti Muhyiddin telah merosot 9% hingga 49% dari 58% sejak tinjauan terakhir yang mereka lakukan pada akhir Januari.

Yang lebih mengejutkan ialah kapsyen yang digunakan oleh Harakah: “Walaupun peratus sokongan menunjukkan penurunan.”
Lihat sini: https://web.facebook.com/harakahdaily/posts/10158313163953369

Berkaitan ⇢