Adakah Santhara mendapat status PR New Zealand? – Soalan yang masih tidak berjawab

|

views

Ini adalah soalan yang wajar untuk ditanyakan kepadanya kerana:

1. Timbalan Menteri Perikatan Nasional (PN) tidak pernah menafikan dia adalah berstatus Penduduk Tetap (PR) walaupun ada spekulasi yang menjadi sebutan ramai hampir 3 bulan dari 28 Dis 2020 hingga 20 Mac 2021 (55 hari bekerja) semenjak kelulusan cuti dari Perdana Menteri, Muhyiddin didedahkan lebih dari 2 minggu yang lalu.

Tiada siapa, baik bossnya atau sesiapa di dalam kerajaan PN termasuk pegawainya telah menafikan perkara tersebut setakat ini.

2. Anak perempuannya dipilih sebagai MP Belia di New Zealand di mana salah satu syaratnya ialah dia mesti bertaraf PR, jika bukan warganegara.

3. Seluruh keluarganya termasuk isterinya tinggal di sana.

4. Kerajaan New Zealand setakat ini enggan untuk mengesahkan apakah dia memiliki status PR tetapi telah menjadi pengetahuan umum bahawa New Zealand telah melaksankan penutupan sempadan yang sangat ketat kepada warga negara asing bagi menangani Covid-19.

Jadi mengapa dia dibenarkan masuk semasa cuti Krismas yang lepas?

5. Sesiapa sahaja orang yang terpalit dengan sebarang isu seperti beliau akan pulang dengan segera setelah cuti panjangnya didedahkan kepada umum pada minggu lalu.

Namun nampaknya dia menunggu untuk pulang pada 20 Mac. Adakah disebabkan dia perlu memenuhi syarat minimum bilangan hari berada disana bagi mengekalkan status PR New Zealand?

6. Dokumen juga telah beredar yang menunjukkan bahawa dia paling tidak pernah memohon status PR New Zealand sekali pada tahun 2011. Tidak ada jawapan jika dia berjaya mendapatkannya.

Berkaitan ⇢