Umno kenal pasti dua MT dalang bocor rahsia parti

|

views

Dua ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dikatakan dalang sering membocorkan rahsia mesyuarat MT, sudah dikenal pasti.

Menurut laporan Utusan Malaysia yang memetik sumber, hal itu dimaklumkan sendiri oleh Presiden Umno Ahmad Zahid dalam ucapan di hadapan para ketua bahagian dan sayap Pemuda dan Puteri di Melaka, kelmarin.

“Ahmad Zahid maklumkan dua MT iaitu masing-masing lelaki dan wanita dikenal pasti hasil siasatan dilakukan.

“Umno tidak lagi boleh bertolak ansur dengan sikap ahli yang cuba menghancurkan parti.

“Presiden Umno akan umumkan nama mereka tidak lama lagi serta tindakan yang mungkin diambil iaitu memecat keahlian mereka daripada parti,” katanya

Kata sumber itu, Ahmad Zahid berang dengan sikap dua MT berkenaan kerana menyalurkan maklumat dan butiran setiap kali mesyuarat diadakan.

Mesyuarat MT Umno yang terbaru adalah di Janda Baik pada bulan lalu, antaranya, dikatakan bagi membincangkan hala tuju hubungan dengan Bersatu.

Awal bulan ini, bekas setiausaha Setiausaha Agung Umno dan BN, Annuar Musa, meminta penjelasan mengenai surat Ahmad Zahid kepada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, bagi memutuskan kerjasama dengan parti serpihannya itu menjelang pilihan raya umum ke-15.

Surat itu dikatakan bagi memaklumkan keputusan daripada mesyuarat MT yang diadakan itu.

Berkaitan ⇢