PPBM sebenarnya membawa kepada perpecahan ummah

|

views

Satu perkara yang tidak pernah saya fahami adalah mengapa syarat untuk “Perpaduan Ummah” PN adalah PPBM mesti menjadi ketua kepada Ummah.

Adakah benar bahawa jika PPBM bukan ketua, maka tidak akan ada “Perpaduan Ummah”?

Sekiranya kita menemui penyokong PN dari PPBM dan PAS, bolehkah kita bertanya kepada mereka:

“Adakah syarat utama Penyatuan Ummah ialah PPBM mesti menjadi boss besar Ummah? Penyatuan Ummah tak sah jika PPBM bukan kepala?”

Baca sini:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=493164315175109&id=100034446346678

Perpecahan:

1. Hina rakan – tak bawa perpecahan
2. Zalimi rakan – tak bawa perpecahan
3. Curi ahli rakan – tak bawa perpecahan
4. Sogok ahli rakan – tak bawa perpecahan
5. Khianati rakan – tak bawa perpecahan
6. Tikam belakang rakan – tak bawa perpecahan.

Apabila rakan tidak rela disogok, tidak sanggup dipergunakan, kekal dgn prinsip – inilah yang membawa perpecahan.

Mereka berselindung dibelakang slogan “Penyatuan Ummah”

Ungkapan “Penyatuan Ummah” adalah kalimah yang benar. Tetapi mereka gunakan dengan maksud yang batil.

Berkaitan ⇢