Tok Abah Kau langgar SOP, media pro PN membisu

|

views

Hari itu kecoh satu negara sebab tular video saya lupa scan MySejahtera semasa masuk kedai nasi ayam walaupun saya pakai mask.

Page-page pro-PN Jkom buat 6 posting tentang isu sama untuk kecam saya.

Semua media dikawal kerajaan juga membuat laporan berita berkenaan saya langgar SOP.

Pada hari sama yang saya langgar SOP, saya mengaku silap dan minta dikompaun.

Pihak polis pun mulakan siasatan terhadap saya dan saya telah beri penerangan kepada mereka.

Hari ini pula tular gambar PM8 langgar SOP sebab tak pakai mask di Hotel Zenith, Johor pada 31 Mac 2021. (dia ada scan MySejahtera juga tak?)

Setahu saya, orang yang sudah diberi vaksin masih perlu ikut SOP.

Ini yang Menteri Vaksin Khairy kata 3 hari lalu.

BACA SINI:
“Individu yang sudah mendapatkan pelalian COVID-19 termasuk dos kedua, masih perlu mengamalkan semua kaedah pencegahan wabak berkenaan.”
“29 Mac 2021: ‘Pelitup muka mesti kekal dipakai’ – Khairy”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/801475/pelitup-muka-mesti-kekal-dipakai-khairy

KP KKM juga pernah memberi amaran yang sama.

BACA SINI:
“Covid-19 Vaccine Doesn’t Mean Freedom From SOPs: Health DG”
https://codeblue.galencentre.org/2020/09/22/covid-19-vaccine-doesnt-mean-freedom-from-sops-health-dg/

Gambar-gambar tular PM8 tak pakai mask sudahpun dimuatnaik portal berita semalam:

BACA SINI:
https://www.utusan.com.my/berita/2021/03/demi-maslahah-johor-muhyiddin/

DAN BACA SINI:
https://www.kosmo.com.my/2021/03/31/demi-maslahah-negeri-johor-muhyiddin/

Adakah PM8 juga akan disiasat langgar SOP?

Berkaitan ⇢