Tiada PRU15 selagi belum capai 80% rakyat divaksin

|

views

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak akan diadakan selagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) belum mencapai 80 peratus rakyat mendapat suntikan vaksin Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof menegaskan, PICK lebih utama daripada PRU15 kerana Kerajaan Perikatan Nasional (PN) amat mementingkan nyawa manusia berbanding keperluan mengadakan PRU15.

Beliau menjelaskan, kerajaan menjangka antara 70 hingga 80 peratus rakyat akan diberikan suntikan itu menjelang Februari atau Mac tahun depan dan hanya selepas itu, PRU15 harus dipertimbangkan.

“Dalam hal PICK, kita tidak boleh berkompromi dengan PRU15 kerana ia berkaitan dengan nyawa manusia sedangkan PRU15 adalah hal politik.

“Oleh itu PRU15 tidak akan diadakan selagi PICK belum mencapai antara 70 hingga 80 peratus dan ia juga bergantung kepada kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menganjurkannya,” katanya selepas merasmikan program Jelajah Pak Wan Prihatin Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal di Kampung Pantai Belimbing, di sini hari ini.

Mohd Redzuan turut menyampaikan sumbangan bahan makanan kepada anggota komuniti dan menziarahi mereka yang sakit di beberapa kampung.

Turut hadir, Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Shabudin Senin.

Nota kaki:
Menggunakan Covid-19 untuk mungkir janji bubar parlimen dan mengekalkan kuasa.

Serahkan mandat kepada rakyat bagi mendapat semula kepercayaan pelabur bagi meningkatkan semula ekonomi yang semakin parah.

Berkaitan ⇢