Alasan tiga suku oleh kerajaan PN

|

views

Alasan RASMI yang diberikan oleh kerajaan PN:

1) Pelaburan asing jatuh teruk ke tahap terendah di rantau ASEAN tahun lalu.

Alasan: Malaysia selektif dalam menerima pelaburan asing.

2) Gaji permulaan graduan jatuh di bawah gaji minimum RM1,200.

Alasan: Orang muda mesti bersyukur bahawa mereka masih boleh mendapatkan pekerjaan

3) Kadar vaksinasi masih rendah berbanding dengan negara lain.

Alasan: Hanya 7 juta orang daripada 23 juta telah mendaftar untuk di vaksin walaupun sebenarnya kerajaan hanya mampu memberi vaksin kepada 500 ribu orang setakat ini.

4) Mengapa darurat perlu diisytiharkan untuk menggantung perlembagaan/ demokrasi

Alasan: Perlu memerangi Covid – walaupun SEMUA negara lain di dunia juga memerangi Covid tanpa perlu menggantung perlembagaan / demokrasi

5) Parlimen tidak dapat disambung semula walaupun Ahli Parlimen boleh mengunjungi rumah urut di pusat kesihatan dan diserata tempat lain.

Alasan: Terlalu ramai orang tua di dalam parlimen.

6) Pelaksanaan Undi18 perlu ditangguhkan kepada 3 tahun 2 bulan selepas diluluskan sebulat suara di parlimen.

Alasan: Suruhanjaya Pilihan Raya yang dikendalikan oleh kerajaan memerlukan kerjasama JPN yang juga dikawal oleh kerajaan untuk mendapatkan perincian pengundi baru.

7) KDNK turun 5.6% pada tahun 2020 – lebih besar daripada angka negatif (-) 4.5% yang di ramalkan MOF seperti yang dibentangkan di parlimen semasa Bajet 2021.

Alasan: Pertumbuhan KDNK 2020 Malaysia lebih baik daripada yang dijangkakan – MOF.

Kisah benar yang tidak akan kita dengari di tempat lain di dunia.

Berkaitan ⇢