Hakim tiada pengalaman kes jenayah dengar kes SRC International – Najib

|

views

Perbicaraan rayuan kes SRC saya bermula hari ini.

Mahkamah diberitahu bahawa hakim yang tiada pengalaman kes jenayah pada peringkat mahkamah tinggi telah ditukar dan diganti dengan hakim yang dipindahkan dari mahkamah sivil setelah perbicaraan kes bermula.

“Shafee berkata hakim besar Malaya ketika itu, menjawab suratnya, berkata ia pemindahan rutin.”

Sebab itu, peguambela saya menunjukkan bahawa ada 307 perkara di mana hakim mahkamah tinggi telah terkhilaf semasa menjatuhkan hukuman terhadap saya.

Peguambela saya juga memberitahu mahkamah hari ini bahawa hakim mahkamah tinggi telah memasukkan beberapa sebab lain kenapa saya diperintah membela diri yang tidak disebut dalam perbicaraan.

“Ini sangat tidak wajar dan prejudis terhadap tertuduh,” katanya, dan menambah ini satu kekhilafan yang serius.

Berkaitan ⇢